Friday, July 14, 2017

Pendapatan Aktif vs Pasif

Beza Pendapatan Pasif & Aktif

What are the difference between passive and active income? Tetibe A.Z cakap omputih.. hehe

 

Pendapatan aktif ini adalah pendapatan yang kita dapat bagi setiap kali kita melakukan kerja. Contoh paling mudah saya ambil adalah Pensyarah. Seorang pensyarah akan mendapat gaji apabila mereka pergi mengajar untuk lima hari seminggu. Jika mereka tidak datang mengajar, maka gaji mereka akan dipotong atau tidak dapat langsung. Contoh golongan pendapatan aktif yang lain adalah jurutera, doktor, cikgu, pensyarah, peniaga restoran, kedai runcit dan sebagainya.

passive
Active Income or Passive Income

Pendapatan pasif pula adalah adalah pendapatan yang kita dapat apabila kita melakukan sekali sahaja kerja tetapi kita tetap menghasilkan duit pada setiap masa.
Contoh adalah penyanyi yang menghasilkan album sendiri. Mereka akan menerima royalti pada setiap masa selagi album mereka laku di jual.
Malangnya tidak ramai yang pandai menyanyi. Usah risau kerana banyak lagi cara untuk menghasilkan pendapatan pasif. Antaranya ialah buat ebook dan jual. Contoh lain golongan pendapatan pasif ini adalah:

1. Pembuat applikasi game (untung juta-juta ni.. modal pun juta-juta jugak.. hehe)
2. Pembuat software (kene belajar dulu software engineering ye...)
3. Penulis buku (anda berbakat??)
4. Jual produk telekomunikasi (paling mudah. modal rendah; KLIK SINI)
5. Pembuat ebook (kena banyak membaca la ye.. malas² tak jadik)
6. Para blogger dan sebagainya. 

Sekarang pilihan dalam tangan anda. Pilihan mana menjadi income utama anda. Bagi A.Z, pendapatan pasif jadi pilihan tapi dalam masa yang sama A.Z still generate pendapatan aktif.


No comments:

Post a Comment

KANTOI PANAS!!!!

KANTOI!!! BARU SEMESTER 1 DAH PAKAI SUPERBIKE!!! Itulah yang berlaku.  Adee (bukan nama sebenar),  pelajar semester 1 pengajian di...