5 IDEA BIJAK : Bisnes Untuk Student
Pelajar
masa kini melalui kehidupan yang serba mencabar.
Turun
naik harga minyak dan isu-isu lain dalam Negara memberi kesan kepada student.
Harga sewa rumah melambung, harga barang naik, harga buku punnnn naik. Apa je
yang tak naik? Student dah la takde gaji, pastu kena berhutang pulak dengan
PTPTN.
Sebagai
golongan pelajar dan terpelajar, nak tak nak, korang kena BIJAK dan KREATIF. Tak salah buat bisnes, asalkan jangan mengabaikan
pelajaran. Jadi apabila kita telah berniaga seawal mungkin, kita dah membina
satu cabang pendapatan walaupun barangkali hanya part-time sahaja.
Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik yang menjalankan perniagaan di usia
muda.
Hari
ini A.Z nak berkongsi dengan anda 5 IDEA BIJAK dengan korang untuk JANA PENDAPATAN
TANPA HAD berdasarkan pengalaman A.Z masa study dulu dan sejajar dengan
perkembangan semasa.
MODAL???
Bisnes apa yang tak guna modal.. Cuma bergantung pada korang nak pilih jenis
bisnes. Cuma kena tau income tu samada pasif atau aktif? Apa itu income aktif dan pasif
? KLIK SINI.
IDEA 1: BISNES MAKANAN DI KOLEJ KEDIAMAN (Aktif)
Hamlet.. Cukup mengenyangkan... |
Bisnes
untuk orang lapar tapi malas nak keluar
Jualan dari bilik ke bilik. Dalam masa ½ jam hingga sejam
sahaja, boleh jual dalam 100 bungkus hamlet atau burger atau nasi lemak.
PEMBEKAL? Tiada masalah, masa A.Z study dulu A.Z ‘kawtim’ dgn brader jual burger
n makcik nasi lemak yg agak jauh sikit dari kolej.. Dapat harga murah & ada
untung jualan. Bisnes ni cepat, tak perlu simpan stok. Boleh buat sendiri atau
carik geng yang berminat.
IDEA 2: BISNES PRINTING T-SHIRT (Aktif)
Printing T-Shirt |
Student masa kini suka bergaya.
Dengan perkembangan fesyen yang pesat, student pun tak terlepas
nak bergaya. Bayangkan, kalau tengok gaya masing-masing macam dah lama bekerja
(lecturer pun kalah tau.. hehe). Memerlukan kebijaksanaan anda menghubungkan
sel-sel pintar otak korang. Dulu A.Z buat design t-shirt yang gempak² (
bersepah-sepah design kat internet ) lepas tu viralkan kt kawan² dan semua ( sekarang
ni Facebook, Instagram, Wechat dll kan ada.. A.Z dulu tampal poster ngan SMS je pun bole
jual…). A.Z ambik pre-order, ambik duit dulu baru tempah I kat kedai kut
tempahan pelanggan.
PEMBEKAL LAGI?? Kedai printing bersepah² la dik oiii.. Zaman
teknologi ni dik oii.. Ambik sebutharga (quotation) dari kedai² ( teknik
silkscreen, heat press, direct to garment (DTG), plastisol) untuk jumlah lebih
10 helai.
IDEA 3: BISNES FREELANCE PHOTOGRAPHER (Aktif)
Freelance Photographer |
Orang masa kini suka menggunakan khidmat freelance photographer.
Masa hari minggu yang terluang tu, daripada korang melepak
ngabihkan duit, baik la buat sesuatu. At least masuk duit. Cuma yang ni korang
kena keluarkan modal untuk beli kamera dan aksesori. Paling kurang RM3,000.00
IDEA 4: BISNES DROPSHIP (Aktif)
Sistem Dropship |
Jadi ejen jualan produk.
Banyak sekarang ni individu-individu dan syarikat yang
menawarkan pakej dropship kepada peniaga part time. Korang hanya perlu promote
produk mereka dan selepas bayaran dilakukan oleh customer, barang akan dipos
oleh pembekal. Ada order, ada duit untuk korang. Produk yang femesh ialah
kosmetik, jam dan sebagainya.
IDEA 5: BISNES SIMKAD TONEPLUS + SISTEM TOPUP ONLINE (Pasif + Aktif)
Simkad Tone Plus.. Bisnes yang cukup mudah.. |
Income di hujung jari. Keperluan utama.
Sekarang ni dari budak sekolah rendah sampai la atuk nenek,
semua dah guna handphone. Cuma bezanya simkad yang digunakan tu samada menjadi
beban ataupun sebagai income.
Dengan bisnes ini, korang jual sekali je, tapi korang dapat
untung berkali-kali. Tengah tido pun duit masuk. Modal yang paling murah dan
boleh dilakukan di mana-mana yg korang suka. Nak tau? KLIK SINI.
No comments:
Post a Comment