Sunday, July 30, 2017

Kelebihan Kerja/ Bisnes Part Time

KENAPA PERLU KERJA/ BISNES PART TIME?

nasi_lemak
Nasi Lemak

Situasi 1: Pelajar (Student)
Dulu, harga nasi lemak 50 sen je sebungkus. Tambang bas pun 30 sen kalau pegi bandar. Korang ingat zaman skang masih bole dapat harga tu?? Mimpi je la ye...

Situasi 2: Golongan Bekerja (Employee)
Dulu golongan bekerja berpendapatan RM 1,500 dah cukup untuk menampung keluarga dan kira senang dah. Sekarang ni, pendapatan RM 3,500 pun belum tentu cukup untuk tampung keluarga. Siap loan sana sini lagi.

So kesimpulan yang A.Z nak bagitau kat sini ialah:

1. Bagi student, korang tidak boleh hanya bergantung kepada ibu bapa ataupun mengharapkan PTPTN sahaja. Di usia muda ini, korang kena berusaha membantu ibu bapa, bukan menyusahkan ibu bapa. Ayat A.Z terlihat agak kasar, tetapi itulah kenyataannya untuk menjadi anak dan student yang bijak. Barulah boleh dipanggil terpelajar.


masalah_kewangan

2.  Bagi golongan bekerja pula, sampai bila anda perlu berada ditakuk lama? Gaji setahun sekali belum tentu naik sampai RM200. Anak isteri perlu diberi kelengkapan dan keperluan secukupnya.

Alasan yang selalu diberi?

“Tak ada masa la...” – Student punya lebihan masa yang banyak. A.Z pun pernah jadi student la... Yang dah bekerja plak, hanya perlu sejam waktu rehat je untuk buat bisnes part time (nak tau keje apa teruskan membaca ye…)

“Mana ada modal nak buat bisnes part time…” – Ada je produk yang menawarkan modal rendah untuk buat bisnes part time.. RM100 pun cukup. Simpan tak kaya, hilang tak miskin. (berhati-hati dengan skim cepat kaya kesukaan rakyat Malaysia ye.. sekali kena lipat berpuluh ribu RM)

Kerja atau bisnes part time ni ada 2 jenis pendapatan. Aktif ataupun pasif. Apakah dia jenis pendapatan ni? KLIK SINI kalau nak tau lebih lanjut.

Kelebihan Kerja / Bisnes Part Time


#1: Masa Terluang Tidak Disia-siakan


lepak_buang_masa
Buang Dan Duit

Bagi student, boleh je buat kerja part time selepas waktu kelas atau hari minggu. Daripada korang melepak ngabihkan masa n duit mak ayah, baik buat duit, jadi anak terpelajar dan bijak. Nak buat bisnes part time pun boleh. Hanya perlu internet (kat smartphone pun boleh kalau xde computer) dan sel-sel otak yang berhubung. Modal serendah RM100 sahaja. KLIK SINI.

Untuk yang dah bekerja, sejam masa tengahari tu, lepas solat, lepas lunch, cuba la rajinkan diri buat bisnes di hujung jari. Cari la yang SAH dan PATUH SYARIAH. Tambah pendapatan keluarga. Tak perlu berhenti kerja tapi TAMBAH PENDAPATAN. Bayangkan wajah-wajah kesayangan anda dalam keluarga yang mengharapkan anda. Contohnya KLIK SINI.

 #2: Bebas Kewangan Lebih Awal (Financial Freedom)

financial_freedom
Financial Freedom

Sebelum mula kerja, sebagai student eloknya dah prepare untuk step yang lebih jauh. Nak pegi mintak keje pun kena keluar duit (print resume, fotostat, tambang, duit minyak, etc). Takkan dah habis belajar pun nak nyusahkan mak ayah kot…kan… Katanya TERPELAJAR... At least korang belajar menjana pendapatan dan bantu mak ayah dari awal.

Untuk yang dah bekerja, tak pernah ada istilah terlambat. Semuanya bergantung kepada usaha dan kreativiti anda. ANDA SAYANG KELUARGA ANDA KAN? NAK NGAN TAK NAK JE... ANDA NAK ATAU NAK?

#3: Potensi Pendapatan Tanpa Had

pendapatan_pasif
Pendapatan Pasif 

Apabila berniaga, kita sendiri yang akan menentukan potensi pendapatan kita setiap hari, setiap bulan atau setiap tahun. Semuanya tertakluk kepada target, kesungguhan dan kebijaksanaan kita. 

Sebab tu, orang yang kaya, mereka telah pun berusaha dari awal tanpa mengenal penat. Jika mereka boleh, mengapa tidak ANDA????

#4: Belajar Benda Baru

Selain dari 3 kelebihan di atas, kerja/ bisnes part time ni mendedahkan korang dengan banyak benda baru.
-       - Komunikasi dengan orang yang tak dikenali
-       - Bagaimana menjana kewangan
-       - Bagaimana mengurus kewangan
-       - Bagaimana mengurus masa menjadi lebih efektif
-       - Bagaimana menjadi rakyat Malaysia yang BERKUALITI dan BIJAK.


Setakat itu perkongsian A.Z. Semoga bermanfaat.


NAK JANA PENDAPATAN TANPA HAD? KLIK SINI

Thursday, July 20, 2017

Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia

TIPS BIJAK : 5 Pekerjaan Menawarkan Gaji Paling Tinggi di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah

tone_plus

Sudah menjadi lumrah, untuk mendapat tempat di agensi-agensi kerajaan atau swasta, kelulusan menjadi tanda aras. Gaji, pangkat dan skop kerja bergantung kepada kelulusan anda.

Tahukah anda terdapat pekerjaan di Malaysia dan juga di luar Negara yang offer pekerjaan tanpa perlu ijazah pun? Asalkan sihat tubuh badan, tempat anda dijamin ada. Ada setengahnya, walau anda tidak dapat berjalan pun, masih menjadi pekerjaan dan mampu memberi anda pendapatan. Nak tau?

Meh rapat-rapat A.Z nak kongsikan. Pilihlah mengikut kesesuaian anda.

1.   Juruterbang (Pilot)

pilot
Pilot Air Asia
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda layak menjadi juruterbang boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot License seperti Akademi Penerbangan Malaysia di Melaka.

2.   Penasihat Kewangan (Financial Advisor)

Public Mutual (Unit Trust)

Kerjaya ini memerlukan anda menjadi ejen mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan pelanggan (cth: unit amanah / unit trust). Antara yang terkenal di Malaysia ialah Public Mutual Berhad.

3.   Ejen Insurans

insurans
Syarikat Insurans di Malaysia

Cara untuk menjadi ejen insurans ialah dengan lulus ujian yang berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan terkenal ialah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful dan Etiqa Takaful Berhad.

4.   Operator Pelantar Minyak (Rig Operator)

offshore
Kerja di Offshore

Antara kerjaya di pelantar minyak (offshore) seperti:

(a)     Welding Inspector
(b)     Welding QC Co-Ordinator
(c)     Plant Inspector
(d)     Offshore Inspection
(e)     Non-Destructive Tester
(f)       Plastic Welders
(g)     Welder
(h)     Safety And Health Officer

Tetapi kerjaya ini memerlukan anda mengeluarkan modal untuk sijil – sijil keselamatan. Kursus-kursus tersebut boleh di dapati dari National Institute Of Safety And Health (NIOSH), CSWIPdan TerengganuSafety Center Sdn Bhd (TSTC). Kerjaya ini memberi pulangan yang lumayan tapi risiko pekerjaannya juga tinggi.

5.   Peniaga Online (Dropship)


dropship
Sistem Dropship

Contoh perniagan online atau dropship yang paling lumayan dan senang dilakukan ialah dengan menjadi pengedar simkad
Tone Plus (Tune Talk). Cara untuk menjadi ahli seumur hidup hanya mendaftar di cawangan berdaftar.

Yuran yang dikenakan tidak sampai RM100. Selepas menjadi ahli, anda tidak perlu menyimpan stok pun untuk menjalankan perniagaan. Cukup murah, cukup simple. DAFTAR DI SINI


Pekerjaan ini boleh dilakukan secara part-time ataupun full time. Pekerjaan yang boleh dilakukan di mana-mana saja mengikut keselesaan anda. Pendapatan dari simkad ini adalah pendapatan pasif(passive income) dan ramai telah berjaya menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan hasil perniagaan ini. Sila lihat video testimoni Tone Plus di bawah.



Saturday, July 15, 2017

Idea Bisnes Untuk Student

5 IDEA BIJAK : Bisnes Untuk Student


Pelajar masa kini melalui kehidupan yang serba mencabar.

Turun naik harga minyak dan isu-isu lain dalam Negara memberi kesan kepada student. Harga sewa rumah melambung, harga barang naik, harga buku punnnn naik. Apa je yang tak naik? Student dah la takde gaji, pastu kena berhutang pulak dengan PTPTN.

Sebagai golongan pelajar dan terpelajar, nak tak nak, korang kena BIJAK dan KREATIF. Tak salah buat bisnes, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Jadi apabila kita telah berniaga seawal mungkin, kita dah membina satu cabang pendapatan walaupun barangkali hanya part-time sahaja. Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik yang menjalankan perniagaan di usia muda.

Hari ini A.Z nak berkongsi dengan anda 5 IDEA BIJAK dengan korang untuk JANA PENDAPATAN TANPA HAD berdasarkan pengalaman A.Z masa study dulu dan sejajar dengan perkembangan semasa.

MODAL??? Bisnes apa yang tak guna modal.. Cuma bergantung pada korang nak pilih jenis bisnes. Cuma kena tau income tu samada pasif atau aktif? Apa itu income aktif dan pasif ? KLIK SINI.


IDEA 1: BISNES MAKANAN DI KOLEJ KEDIAMAN (Aktif)

part time
Hamlet.. Cukup mengenyangkan...

Bisnes untuk orang lapar tapi malas nak keluar

Jualan dari bilik ke bilik. Dalam masa ½ jam hingga sejam sahaja, boleh jual dalam 100 bungkus hamlet atau burger atau nasi lemak. PEMBEKAL? Tiada masalah, masa A.Z study dulu A.Z ‘kawtim’ dgn brader jual burger n makcik nasi lemak yg agak jauh sikit dari kolej.. Dapat harga murah & ada untung jualan. Bisnes ni cepat, tak perlu simpan stok. Boleh buat sendiri atau carik geng yang berminat.





IDEA 2: BISNES PRINTING T-SHIRT (Aktif)

part time
Printing T-Shirt

Student masa kini suka bergaya.
Dengan perkembangan fesyen yang pesat, student pun tak terlepas nak bergaya. Bayangkan, kalau tengok gaya masing-masing macam dah lama bekerja (lecturer pun kalah tau.. hehe). Memerlukan kebijaksanaan anda menghubungkan sel-sel pintar otak korang. Dulu A.Z buat design t-shirt yang gempak² ( bersepah-sepah design kat internet ) lepas tu viralkan kt kawan² dan semua ( sekarang ni Facebook, Instagram, Wechat dll kan ada.. A.Z dulu tampal poster ngan SMS je pun bole jual…). A.Z ambik pre-order, ambik duit dulu baru tempah I kat kedai kut tempahan pelanggan.
PEMBEKAL LAGI?? Kedai printing bersepah² la dik oiii.. Zaman teknologi ni dik oii.. Ambik sebutharga (quotation) dari kedai² ( teknik silkscreen, heat press, direct to garment (DTG), plastisol) untuk jumlah lebih 10 helai.

IDEA 3: BISNES FREELANCE PHOTOGRAPHER (Aktif)


part time
Freelance Photographer

Orang masa kini suka menggunakan khidmat freelance photographer.
Masa hari minggu yang terluang tu, daripada korang melepak ngabihkan duit, baik la buat sesuatu. At least masuk duit. Cuma yang ni korang kena keluarkan modal untuk beli kamera dan aksesori. Paling kurang RM3,000.00


IDEA 4: BISNES DROPSHIP (Aktif)

part time
Sistem Dropship

Jadi ejen jualan produk.

Banyak sekarang ni individu-individu dan syarikat yang menawarkan pakej dropship kepada peniaga part time. Korang hanya perlu promote produk mereka dan selepas bayaran dilakukan oleh customer, barang akan dipos oleh pembekal. Ada order, ada duit untuk korang. Produk yang femesh ialah kosmetik, jam dan sebagainya.

IDEA 5: BISNES SIMKAD TONEPLUS + SISTEM TOPUP ONLINE (Pasif + Aktif)

part time
Simkad Tone Plus.. Bisnes yang cukup mudah..

Income di hujung jari. Keperluan utama.
Sekarang ni dari budak sekolah rendah sampai la atuk nenek, semua dah guna handphone. Cuma bezanya simkad yang digunakan tu samada menjadi beban ataupun sebagai income.
Dengan bisnes ini, korang jual sekali je, tapi korang dapat untung berkali-kali. Tengah tido pun duit masuk. Modal yang paling murah dan boleh dilakukan di mana-mana yg korang suka. Nak tau? KLIK SINI.
A.Z dah kongsi 5 idea bijak untuk korang ringankan beban perbelanjaan masa study. At least ringankan beban parents. Silap-silap boleh bagi duit kat parents macam abang kakak yang dah bekerja. Jadilah student yang BIJAK. SELAMAT BERJAYA.



Friday, July 14, 2017

Pendapatan Aktif vs Pasif

Beza Pendapatan Pasif & Aktif

What are the difference between passive and active income? Tetibe A.Z cakap omputih.. hehe

 

Pendapatan aktif ini adalah pendapatan yang kita dapat bagi setiap kali kita melakukan kerja. Contoh paling mudah saya ambil adalah Pensyarah. Seorang pensyarah akan mendapat gaji apabila mereka pergi mengajar untuk lima hari seminggu. Jika mereka tidak datang mengajar, maka gaji mereka akan dipotong atau tidak dapat langsung. Contoh golongan pendapatan aktif yang lain adalah jurutera, doktor, cikgu, pensyarah, peniaga restoran, kedai runcit dan sebagainya.

passive
Active Income or Passive Income

Pendapatan pasif pula adalah adalah pendapatan yang kita dapat apabila kita melakukan sekali sahaja kerja tetapi kita tetap menghasilkan duit pada setiap masa.
Contoh adalah penyanyi yang menghasilkan album sendiri. Mereka akan menerima royalti pada setiap masa selagi album mereka laku di jual.
Malangnya tidak ramai yang pandai menyanyi. Usah risau kerana banyak lagi cara untuk menghasilkan pendapatan pasif. Antaranya ialah buat ebook dan jual. Contoh lain golongan pendapatan pasif ini adalah:

1. Pembuat applikasi game (untung juta-juta ni.. modal pun juta-juta jugak.. hehe)
2. Pembuat software (kene belajar dulu software engineering ye...)
3. Penulis buku (anda berbakat??)
4. Jual produk telekomunikasi (paling mudah. modal rendah; KLIK SINI)
5. Pembuat ebook (kena banyak membaca la ye.. malas² tak jadik)
6. Para blogger dan sebagainya. 

Sekarang pilihan dalam tangan anda. Pilihan mana menjadi income utama anda. Bagi A.Z, pendapatan pasif jadi pilihan tapi dalam masa yang sama A.Z still generate pendapatan aktif.


KANTOI PANAS!!!!

KANTOI!!! BARU SEMESTER 1 DAH PAKAI SUPERBIKE!!! Itulah yang berlaku.  Adee (bukan nama sebenar),  pelajar semester 1 pengajian di...