Merawat Anak Menangis Malam Cara Islam
Terlalu banyak kaedah
atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha
mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan:
surah al-Fatihah,
ayat al-Kursi,
surah an-Nas
dan surah al-Falaq,
kemudian hembuskan pada
ubun-ubun anak. Lakukan
sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan
di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga
kali.
Dalam sebuah hadis
riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin
Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan
kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu
bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat.
Termasuk dalam kategori
pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan
perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui
pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya
gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.